Latihan Kolaborasi musik tradisional jawa barat
DEFINISI
KESENIAN :
Islam adalah agama yang diturunkan
oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa mengenal bangsa yang bersumberkan
al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama. Islam adalah agama yang nyata (waqi'e) dan
sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi menepati
citarasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia.
Dalam jiwa, perasaan, nurani dan keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan
keindahan dan keindahan itu adalah seni. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak,
dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan
melalui kata-kata dan bahasa. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat
sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri.
Cabang-cabang seni meliputi:
1.
Seni rupa adalah seni lukis, seni pahat, dan seni kria (kerajinan atau
keterampilan).
2.
Seni suara adalah vokal tradisi dan
vokal modern. Vokal tradisi yang dikenal di Indonesia
adalah karawitan. Instrumen ada
dua:instrumen tradisi dan instrumen modern, Instrumen
tradisi yang lumrah di Indonesia adalah
gamelan. Instrumen modern yang lumrah di
Indonesia adalah musik.
3. Seni gerak adalah merupakan olah tubuh
(tari).
4. Seni sastra adalah menyangkut tentan novel,
cerpen, drama, dan puisi.
5. Seni teater adalah gabungan antara seni
suara dengan seni gerak dan seni sastra.
Seni secara
ringkasnya dapat dibagi menjadi empat :
·
Seni melaui
pendengaran seperti musik, deklamasi puisi, prosa, seni suara dan sebagainya.
·
Seni yang diperolehi
melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni bina, seni pakaian
dan sebagainya.
·
Seni yang dapat
diperoleh melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, tablo, teater,
filem dan sebagainya.
·
Seni yang dinikmati
melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yang berbentuk puisi dan prosa.
Islam tidak pernah
menolak kesenian selagi dan selama kesenian itu bersifat seni untuk masyarakat
dan bukannya seni untuk seni.
Terdapat lima hukum di
antaranya:
(a) Wajib : Jika kesenian itu amat
diperlukan oleh muslim yang mana tanpanya individu tersebut boleh jatuh mudarat
seperti keperluan manusia untuk membina dan mencantikkan reka bentuk binaan
masjid serta seni taman (landskap) bagi maksud menarik orang ramai untuk
mengunjungi rumah Allah swt tersebut.
(b) Sunat : Jika kesenian itu
diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat penyatuan umat Islam seperti
dalam nasyid, qasidah dan selawat kepada Rasulullah saw yang diucapkan
beramai-ramai dalam sambutan Maulidur Rasul atau seni lagu (tarannum) al-Quran.
(c) Makruh : Jika kesenian itu membawa
unsur yang sia-sia (lagha) seperti karya seni yang tidak diperlukan oleh
manusia.
(d) Haram : Jika kesenian itu berbentuk
hiburan yang :
- Melekakan manusia sehingga mengabaikan kewajipan-kewajipan yang berupa tanggungjawab asas terhadap Allah swt khasnya seperti ibadah dalam fardhu ain dan kifayah.
- Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membezakan antara yang hak (betul) dan yang batil (salah).
- Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan pelbagai kemaksiatan yang lain.
- Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti pergaulan bebas tanpa batas dalam bentuk bersuka-suka yang melampau.
- Objek atau arca dalam bentuk ukiran yang menyerupai patung sama ada dibuat daripada kayu, batu dan lain-lain.
- Disertai dengan peralatan muzik yang diharamkan oleh Islam seperti alat-alat tiupan, bertali, tabuhan yang bertutup di bahagian atas dan bawah serta alat-alat muzik dari tekanan jari. Sesetengah ulama mengatakan harus hukumnya jika digunakan untuk pendidikan dan tidak menarik kepada konsep al-Malahi (hiburan yang keterlaluan) juga alat-alat muzik di atas boleh digunakan untuk tujuan dakwah Islamiyyah, seperti yang pernah dibuat oleh Rabiatul Adawiyyah.
- Seni yang merosakkan akhlak dan memudaratkan individu atau yang berbentuk tidak bermoral seperti tarian terkini (kontemporari).
- Jenis-jenis seni yang dipertontonkan bagi maksud atau niat yang menunjuk-nunjuk dan kesombongan.